25.3.13

4mbps Unlimited

Alhamdulillah...segala  puji bagi Allah yang terus memberikan nikmat kpd hamba nya lemah lagi dhoif ini supaya dapat bertaubat sehingga ke titisan nafas yang terakhir. Syukur atas rezeki daripada Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang yang tidak berhenti AKA non-stop memberikan rezeki kepada kita semua sebelum semasa dan rezeki selepas ini yang akan diberikan mengikut ketentuan masing2 yang telah ditentukan...akhirnya rumah kami yg telah sekian 4 bulan lamanya menunggu kemasukan internet, akhirnya sudah berubah...senang untuk berhubung dengan keluarga dan rakan2 di malaysia.ahahahahha...aku pun apa gik mun dah da internet...nang gaming lah keja aku..ahahahahaha...dota 1, dota 2, blackshot, heroes of newerth...smua game on9 d main aku...LOL, nang pa lah...dgn exam yang x lamak gik abis...pa nak jadi ji...haiya...so, doakan aku supaya dapat membahagikan masa dengan sebaiknya...exam syafawi quran qiraat pun xlamak dah gik.ALLAH GUIDE ME!!!AMEN...

1.12.12

TheRealHidayahAdzmi Punya Blog ! ^.^: [ Buat Sahabat ]

TheRealHidayahAdzmi Punya Blog ! ^.^: [ Buat Sahabat ]: Buat Sahabat: Ahmad Tarmizi ~ yang berada jauh di perantauan! ^_^ Student Al-Azhar University Egypt.. Seorang peminat siri ko...

19.7.10

ASAS AGAMA PERLU KUKUH

نحده ونصلى على رسوله الكريم أما بعد فأعوذبالله من الشيطان الرجيم
"ضرب الله مثلا كلمة طيبة كشجرة طيبة أصلها ثابت وفرعها فى السمآء"
(23:إبراهيم

Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasul pada umur 40 tahun, memulakan dakwah kalimah tauhid(toyyibah) di mekah selama 13 tahun. Mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk berdakwah terhadap kalimah yang mulia ini, iaitu: لا إله إلا الله محمد رسول الله. Jom, kita sama-sama muzakarah perkara yang menjadi asas dalam agama ini. Sebenarnya, sebelum datang perintah daripada Allah untuk nabi berdakwah, masyarakat arab pada masa itu sangat buruk akhlaknya sebelum kedatangan islam dan diberikan gelaran sebagai kaum jahiliyyah. Hal ini kerana, apa yang mereka lakukan adalah sangat bertentangan dengan fitrah agama islam yang menganjurkan kedamaian, keamanan dan juga keselamatan. Atas asbab (perantaraan) dakwah nabi s.a.w. terhadap masyarakat arab jahiliyyah pada masa tersebut, maka gelaran kehinaan yang mereka terima telah bertukar kepada gelaran kemuliaan yang telah diisytiharkan dalam quran iaitu ‘RADHIALLAHU ANHUM’ dan diiktiraf sebagai ‘khairul qurun’ yakni kurun yang terbaik dan tiada kurun yang terbaik sebelum dan selepas kurun tersebut.

23.4.10

PROGRAM "JIILUL QURAN"

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu kerana dengan taufiq, inayah dan hidayah-Nya, maka kita telah berjaya menjalankan program JIILUL QURAN dengan jayanya. “Kita merancang, Allah pun merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang. Walaupun banyak perubahan yang berlaku, namun kita sedar semuanya berlaku atas iradat dan qudrat Allah s.w.t.

Program bermula pada hari selasa, 30hb Mac 2010 selepas tenggelamnya matahari di sebelah barat yaitu waktu maghrib. Selepas menunaikan solat maghrib yang diimami oleh syeikh Syafiq, aktiviti diteruskan dengan ta’aruf(ice breaking) yang disampaikan oleh saudara Tarmizi sehingga 10 minit sebelum masuknya waktu solat Isyak bagi memberi laluan kepada pelajar untuk memperbaharui wudhu’ masing-masing. Dalam ceramah beliau terkandung pengisian mengenai kepentingan taqwa dan serba sedikit pengenalan kepada exco dan program tersebut.

Solat isyak pula diimami oleh saudara Tarmizi. Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan halaqah al-quran yang dipimpin oleh syeikh Syafiq. Dalam aktiviti tersebut, pelajar dimotivasikan dengan kelebihan al-quran dan kelebihan mengamalkan surah al-mulk setiap malam. Tepat jam 9.15 malam. Aktiviti tersebut selesai dijalankan dan semua pelajar dibenarkan bersurai. Namun, bagi pengawas dan badar, selepas minum malam, akan diadakan satu lagi aktiviti.

Jam menunjukkan 9.30 malam, semua pengawas dan badar telah berkumpul didalam masjid dan bersedia untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti itu dinamakan peranan sebagai khalifah dan dikendalikan dalam 3 bahagian. Bahagian yang pertama ialah laporan (karguzairi), yaitu satu temu bual bersama ketua pengawas dan badar mengenai keadaan sekolah yang dikawal oleh saudara tarmizi. Bahagian kedua pula ialah motivasi yang disampaikan oleh syeikh syafiq yang menceritakan mengenai peranan sebagai umarak(pengawas) dan ulamak(badar). Yang terakhir pula ialah nasihat dan doa yang dipimpin oleh saudara Mustaqim. Aktiviti tersebut berakhir pada jam 1.00 malam.

Pada keesokan paginya bersamaan 31hb Mac, program Jiilul Quran diteruskan lagi dengan memulakan aktiviti seawall8.00 pagi yaitu aktiviti mempromosi Darul Quran. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, saudara Syafiq telah membuat satu lagi aktiviti tambahan bagi mengurangkan keadaan bising pada pagi tersebut. Aktiviti itu ialah peranan Quran dalam kehidupan seorang pelajar korikulum. Manakala, penceramah bagi promosi Darul Quran disampaikan oleh pegawai khas Darul Quran, iaitu Ustadz Mustaqim.

Tepat jam 11.00 pagi, aktiviti kemuncak program bermula. Dalam program ini, hanya melibatkan pengawas dan badar sahaja. Mereka diminta membuat logo, motto, dan huraian bagi disiplin program mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, mereka diminta membentangkan hasil perbincangan mereka di depan semua peserta dan fasilitator kemudian memprovoke dan memberi komen apa yang patut ditegur. Alangkah panas dan hangatnya dewan SHOAW ketika itu dengan teriakan dan jeritan suara antara fasilitator dan peserta program ketika bermulanya aktiviti memberi komen pada tengahari tersebut. Program tersebut berakhir lebih kurang pukul 2.15 petang.
Setelah selesai menunaikan solat zohor secara berjemaah, kami bertiga terus pergi ke dewan makan untuk menjamu makanan tengahari yang begitu sedap sekali. Selepas kekenyangan, kami berehat sehinggalah ke waktu asar. Kami bermesyuarat setelah menunaikan solat asar mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada malam tersebut. Setelah membuat persiapan untuk malam, kami menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah yang diimami oleh syeikh Mustaqim.

Kemudian, aktiviti kami mempunyai sedikit perubahan. Sepatutnya, selepas solat maghrib kita merancang untuk membuat aktiviti forum, namun setelah mendapat maklumat yang terbaru daripada ustadzah yang mengatakan bahawa aktiviti yang melibatkan semua pelajar lebih afdhol dilanjutkan sehingga pukul 10.00 malam, maka kami telah menayangkan lagu tema, slide pembukaan dan video perjuangan al-fateh antara maghrib dan isyak manakala, aktiviti forum akan dimulakan selepas menunaikan solat fardhu isyak.
Sola fardhu isyak yang ditunaikan tanpa azan dan diimami oleh saudara syafiq begitu sedap sekali. Setelah selesai mengerjakan sunat ba’diah isyak, aktiviti yang ditunggu-tunggu pun bermula. Forum tersebet bertajuk, “Menggilap Bintang yang Pudar” yang bermaksud tokoh agama yang keluaran daripada SHOAW kurang menonjol sekarang hendaklah digilap semula akan sinarannya. Forum tersebut dilakukan di masjid dan dikepalai oleh saudara Shahril dan terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama soal jawab di antara moderator forum dengan ahli panel dan sesi kedua ialah penggulungan. Namun, sementara menunggu sesi kedua, moderator forum telah membuka satu ruang kepada para pelajar untuk bertanyakan soalan mengenai tajuk forum tesebut. Antara soalan yang turut diajukan kepada ahli panel ialah ta’rif tajuk, bagaimana nak dapat dan cara untuk kekalkannya, dan juga kesan dalam kehidupan. Majlis forum tersebut berakhir tepat-tepat pukl 10.00 malam. Sebagai tanda perpisahan, semua pelajar bersalaman dengan ahli panel dan kemudian dibenarkan bersurai.

Selepas aktiviti tersebut, satu lagi aktiviti akan dijalankan bersama pengawas dan badar iaitu muzakarah mengenai cara membentuk bi’ah solehah. Memandangkan warden yang bertugas pada malam tersebut memberikan masa yang begitu singkat kepada kami, maka kami telah membuat sedikit perubahan mengenai perjalanan aktiviti kami pada malam tersebut dengan membincangkan 4 masalah sahaja bersama muslimat pengawas dan juga badar. Masalah yang dibincangkan ialah couple, ikhtilat, aurat dan juga tidak hormat pada guru. Walaupun masa yang diberikan amat singkat, namun cukup bagi kita untuk berbincang bersama mereka mengenai masalah tersebut. Aktiviti tersebut memakan masa lebih sedikit daripada masa yang dijanjikan iaitu pada pukul 11.10 malam.

Keesokan paginya pula, yang mana merupakan hari terakhir kami berkampug di bumi barakah SHOAW, satu majlis penutupan telah dijalankan di dewan SHOAW bersama pihak sekolah, pengawas dan juga badar. Majlis bermula tepat jam 10.00 pagi yang dipengerusikan oleh 2 orang jejaka hensem lagi tampan iaitu aha dan ridu. Dimulakan majlis penutupan pada pagi tersebut dengan bacaan tilawah quran yang ditartilkan oleh saudara Khairi Izzat Amir dengan membaca surah ali-imran. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program, saudara Mustaqim diiringi dengan ucapan daripada wakil pihak sekolah, Cikgu Hasmah binti Raji selaku pemangku pengetua SHOAW. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada pihak pengawas dan badar yang telah berbincang pada malam semalam. Persembahan mereka sungguh mencuit hati setiap penonton yang menontonnya.
Seterusnya ialah penyampaian cenderahati daripada kedua-dua belah pihak. Acara kemuncak pada majlis penutupan tersebut ialah tayangan slide program. Walaupun LCD yang digunakan tidak seberapa namun, hati puas bila menontonnya. Satu permintaan untuk mempertontonkan semula video adakah kau lupa dan semua hadirin dan juga hadirat telah diminta untuk berdiri semasa menyanyikannya dengan penuh semangat dan jiwa yang penuh berkobar. Majlis tersebut berakhir dengan bacaan doa yang dipimpin oleh syeikh Syafiq Sudaisi. Dengan berakhirnya bacaan doa tadi, maka berakhirlah program JIILUL QURAN dan sebagai upacara simbolik, semua pelajar bersalaman dan bergambar dengan fasilitator.

22.4.10

KESEMPURNAAN DALAM AGAMA

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, ikutan umat akhir zaman..Agama telah lama sempurna, setelah turunnya ayat yang terakhir, yang bermaksud, "...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu..."(3, al-maidah) maka agama telah sempurna, wahyu tidak akan diturunkan lagi dan nabi akan diwafatkan. Persoalannya hari ini, bagaimana kita hendak datangkan agama yang telah sekian lama sempurna, dalam kehidupan kita. Jadi, ulama' mu'tabar kita telah mengkaji mereka-mereka yang telah diisytiharkan oleh Allah sebagai orang yang berjaya yaitu mereka yang telah mengamalkan agama dengan sempurna dalam kehidupan mereka, dan mereka ialah para sahabat r.anhum. Ulama' kita telah mnyimpulkan bahawa dalam diri para sahabat r.anhum ini ada hakikat enam sifat yang unggul. Insya-Allah, dengan mengamalkan 6 sifat para sahabat yang telah Allah redhoi,dan mereka redho pada Allah, mudah-mudahan Allah memudahkan kita dalam mengamalkan agama dengan sempurna dan memberikan kita kefahaman dan kehendak agama dalam kehidupan kita. 6 sifat unggul hakikat pada diri sahabat dan perlu ada dalam diri kita ialah;


1. HAKIKAT YAKIN KALIMAH LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH

2. HAKIKAT SOLAT KHUSYUK DAN KHUDU'

3. HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR

4. HAKIKAT IKRAM MUSLIMIN

5. HAKIKAT IKHLAS NIAT

6. HAKIKAT DAKWAH DAN TABLIGH


1. HAKIKAT YAKIN KALIMAH LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAHPertama, yakin kalimah LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH, kita bahagikan kepada dua bahagian, bahagian yang pertama, LA ILAAHA ILLALLAH. Maksud kalimah ini ialah yakin tiada tuhan yang berkuasa selain Allah, yang berkuasa hanyasanya Allah, makhluk tiada kuasa. Kehendak kalimah ini ialah hendaklah kita mengeluarkan kebesaran(yakin) makhluk dalam hati kita, dan memasukkan hanya kebesaran(yakin) Allah dalam hati kita. Allah ta'ala lah yang berkuasa atas segala sesuatu, zat yang memberi manfaat mudhorat, sihat sakit, senang susah, makan minum, kenyang hilang dahaga, baik buruk, kemuliaan kehinaaan, segala-gala nya datang daripada Allah, zat yang berkuasa mutlak atas segala sesuatu. Dalam quran pun sudah jelas menceritakan siapa sebenarnya Allah, "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(26, aali-imraan). Selain daripada Allah (makhluk) tak mampu bagi sebarang manfaat mudhorat melainkan dengan izin Allah. Allah kholiq(pencipta segala ciptaan), roziq(pemberi rezeki),malik(raja segala raja) seluruh 'alam. Kalimah ini juga merupakan kalimah tauhid dan iman. Satu orang yang kembali pada Allah membawa iman yan betul yakinnya pada Allah sebesar biji sawi, akan digantikan iman yang sebesar itu dengan syurga keluasan 10 kali ganda keluasan dunia(7 petala langit dan 7 petala bumi). Sebaliknya,satu orang yang syirik(tidak yakin pada Allah yang berkuasa) jumpa Allah s.w.t., bau syurga pun dia tidak dapat cium. Na'udzubillahi in dzalik. Inilah nilai iman. Kalaulah kalimah LA ILAAHA ILLALLAH diletakkan atas neraca, sebelah nya kalimah LA ILAAHA ILLALLAH dan sebelah nya lagi 7 petala langit dan 7 petala bumi, pasti dan past kalimah iman lebih berat. Kalau lah diletakkan kalimah ini di atas gunung, nescaya gunung itu akan hancur. barangsiapa yang dapat ucap kalimah ini di akhir kalam, dia wajib masuk syurga. Inilah janji Allah s.w.t. dalam iman. Jadi usaha kearah mendapatkan janji Allah ini hendaklah dilaksanakan, sebab Allah lah sebaik-baik penjanji. "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.(179, al-a'raaf). Dengan merenung ayat ini, kita hendaklah menggunakan pancaindera dan mengaitkannya dengan kebesaran Allah s.w.t. Hati untuk kita faham, mata untuk kita melihat, dan telinga untuk kita mendengar segala cerita yang boleh meningkatkan iman kita. Seperti cerita mengenai kebesaran Allah, perjuangan nabi-nabi dan para sahabat untuk agama, alam akhirat dan sebagainya.
Tambah kapsyen

Tambah kapsyen
Bahagian yang kedua ialah MUHAMMADUR RASULULLAH. Kita semua faham maksud kalimah ini ialah Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah. Tetapi kita masih belum faham apa kehendak disebalik kalimah ini yang merupakan kalimah amal. Kehendak kalimah ini ialah yakin bahawasanya tiada cara kehidupan lain yang boleh membawa kejayaan, keselamatan, dan kesejahteraan di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat kelak melainkan cara kehidupan nabi Muhammad s.a.w. yang kita cintai. dalam satu hadith baginda bersabda, barangsiapa yang mengamalkan sunnahku, dia mencintai aku, dan barangsiapa yang mencintai aku, maka dia akan berada di syurga bersama-sama ku. Dalam satu hadith yang lain juga ada menyatakan yang lebih kurang berbunyi, barangsiapa yang menghidupkan sunnahku di zaman fahsyak dan mungkar(zaman kerosakan umat), dia akan mendapat pahala seratus mati syahid. Dan juga baginda s.a.w telah memberi amaran kepada kita dalam satu hadith yang lain, barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah golongan(umat) ku. Sudah terang lagi bertorchlight, marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah nabi Muhammad s.a.w. dari segi shurah(gambaran rupa), sirah(perjalan kehidupan) dan juga sarirah(fikir risau) nabi Muhammad s.a.w. Apa benda shurah, sirah dan sarirah ni? Shurah ialah gambaran rupa nabi s.a.w., contohnya, nabi memakai kopiah, celak mata, menipiskan misai, membela janggut, memakai kurta(baju yang labuh ke punggung) @ jubah(baju yang menuju ke bawah lutut dan atas buku lali), miswak(kayu sugi), kuku pendek, rambut pendek dan jika panjang, tidak melebihi had telinga dan sebagainya. Manakala, sirah pula ialah bagaimana perjalanan kehidupan nabi Muhammad s.a.w. selepas baginda bangun daripada tidur hinggalah baginda tidur semula, dan juga perjalanan baginda daripada dia hidup sehinggalah wafat dari segi mu'amalat, mu'asyarat, munakaht, dan sebagainya. yang terakhir ialah sarirah, fikir risau baginda s.a.w.. Bagaimana seluruh umat baginda s.a.w. sehinggalah bayi yang terakhir keluar daripada perut ibu, dapat ucap kalimah LA ILAAHA ILLALLAH(masuk islam) dan selamat daripada azab neraka Allah s.w.t. Kebanyakannya, ramai orang islam tidak mengambil fikir risau nabi s.a.w.. Jadi sama-sama lah kita risaukan diri kita, keluarga, saudara, jiran, masyarakat, seluruh orang islam, dan seluruh umat nabi Muhammad s.a.w., bagaimana setiap dari kita dapat amalkan agama dengan sempurna.



2. HAKIKAT SOLAT KHUSYUK DAN KHUDU'

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.(18,at-taubah)". Solat adalah perintah Allah. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan hakikat solat khusyuk dan khudu'? Maksudnya di sini ialah, bagaimana kita nak bawa sifat ketaatan yang ada di dalam solah ke luar solah. contohnya, dalam solat kita taat pada imam, di luar solat kita hendaklah, taat kepada pemimpin kita, contohnya, bapa, cikgu, dan sebagainya. di dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna, di luar solat pun hendaklah kita menutup aurat dengan lebih sempurna. Darjat solat yang paling rendah sekali ialah, di man solatnya mampu mencegah dirinya daripada perbuatan keji dan mungkar. Manakala, darjat solat yang paling tinggi disisi Allah ialah melalui solat 2 rakaat(solat hajat), dia dapat menarik nushrah(bantuan) Allah s.w.t. Barangsiapap yang menunaikan solat secara berjemaah bersama imam, kerana Allah, dan mendapat takbiratul-ula selama 40 hari berturut-turut, maka dia akan mendapat dua kelepasan, iaitu kelepasan daripada api neraka dan juga kelepasan daripada sifat munafiq. Barangsiapa yang menjaga solah, ditempat azan diazankan, di awal waktu secara berjemaah, akan diberi 5 ganjaran.
1. Dimurahkan rezeki.
2. Diangkat siksa kubur.
3. Mendapat buku catatan amalan di sebelah tangan kanan.
4. Meniti titian shirat sepantas kilat.
5. Masuk syurga tanpa hisab.
"sembahyang lah kamu seperti mana kamu melihat aku sembahyang". Baginda s.a.w. tidak pernah meninggalkan sembahyang berjemaah dimasjid, dan membanyakkan sembahyang sunat dirumah. Adakah kita hari ini telah mangamalkan cara sembahyang yang ditunjuki oleh baginda s.a.w. yang kita akui sebagai ikutan kita?? Tepuk dada, tanya iman!


3. HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
Hakikat ilmu dan zikir. Ilmu ialah pengetahuan. Tetapi kehendak ilmu ialah bagaimana kita nak tahu mana satu perintah Allah dan mana satu yang dilarang oleh Allah. Inilah maskud ilmu yang sebenar, ilmu yang terus dijadikan sebagai amalan. Sebaliknya, ilmu yang tidak membawa kepada amalan, akan menjadi sebagai pengetahuan semata-mata yang digelar sebagai maklumat bukannya ma'mulat(pengamalan). Tidur seorang 'alim(orang berilmu) lebih baik daripada satu orang 'abid yang sedang sibuk beribadat. Orang yang berilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang 'abid(ahli ibadat). Orang yang menuntut ilmu, kemudian mati dikira sebagai mati syahid. Hidupan di lautan akan memohon ampun untuk orang yang menuntut ilmu. Keluar di pagi hari untuk mempelajari satu ayat daripada kitabullah, lebih baik daripada mengerjakan solat sunat 100 rakaat. Mempelajari satu bab ilmu samada berpeluang mengamalkannya atau tidak, lebih baik daripada mengerjakan 1000 rakaat solat sunat. Ulama' kita telah manggaris panduan kepada kita ilmu yang perlu kita tuntut ada dua, ilmu masael(hukuk-ahkam) dan ilmu fadhoel(kelebihan) dalam setiap amal. kita bole dapatkan ilmu masael(hukum-ahkam) dalam agam dengan bertalaqqi(berjumpa secara berdepan) dengan orang 'alim, orang yang pakar dalam bidang agama. Kerana amalan bertalaqqi ialah amalan sunnah nabi s.a.w. seperti malaikat jibril bertalaqqi wahyu pertama dengan baginda s.a.w.. Untuk menggerakkan diri kita melakukan segala perintah Allah, maka kita memerlukan ilmu kelebihan dalam setiap amal. Fitrah manusia, sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan berbentuk duniawi, pasti meminta ganjaran bagi setiap kerja yang dilakukan. Mengapa tidak kita mengetahui janji Allah dalam setiap amalan. Bukankah Allah sebaik penjanji?? Maka, untuk mendapatkan ilmu ini, perlulah kita merasa rendah diri untuk menghadirkan diri dalam majlis ta'lim iaitu bacaan kitab fadhoel amal karangan Sheikul Hadith, Maulana Zakaria Rahimahullah. Bila kita ada ilmu ini, maka kita akan ada sifat ihtisab(membayangkan) janji Allah bila melakukan satu-satu amal. Sambungan daripada ilmu ialah zikir. Maksud zikir ialah ingat Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan. Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir di sisi Allah ialah orang yang yang berzikir itu hidup dan orang yang tidak berzikir itu mati. Orang yang paling banyak berzikir akan masuk syurga sambil tersenyum-senyum, dan akan dimasukkan dalam satu pintu syurga yang khas yang dinamakan adz-zakirin. Zikir akan menjadi modal kepada mahligai kita di syurga kelak. Ulama' telah beri kita panduan berzikir sebagai amalan harian dan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Zikirkan 100kali subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah allahuakbar(tanda cinta pada Allah), 100kali, selawat kepada junjungan nabi s.a.w(tanda cinta nabi Muhammad), dan istigfar 100kali(tanda kasihan pada diri sendiri yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan).Quran hendaklah dikhatamkan sekurang-kurangnya 2kali setahun, sekali di bulan ramadhan dan sekali lagi di sebelas bulan yang lain. Amalkan doa-doa masnun, sepeti doa masuk dan keluar masjid, doa makan, dan sebagainya. Dengan ini, kita akan mudah ingat Allah setiap masa dan keadaan.

4. HAKIKAT IKRAM MUSLIMIN

Hakikat yang keempat yang ada dalam diri para sahabat dan perlu ada dalam diri kita ialah sifat ikram muslimin(memuliakan orang islam). Maksudnya di sini kita hendaklah menunaikan hak saudara kita tanpa menuntut hak. Seorang yang menunaikan hajat saudara dia akan mendapat 73 hasanah(kebaikan), 1 hasanah Allah akan bagi di dunia, sudah mencukupi segalanya dan 72 hasanah yang lain Allah akan bagi di hari akhirat. Seorang yang tunaikan hajat saudara dia juga akan mendapat pahala sepuluh tahun ibadat i'tikaf, satu malam i'tikaf Allah akan jauhkan dia daripada neraka sejauh 3 parit, satu parit jauhnya antara langit dan bumi. Allah akan menolong hambanya selagi mana dia menolong saudaranya. Untuk menghadirkan sifat ini dalam diri kita, kita hendaklah memuliakan orang 'alim(pandai), hormat pada orang tua, kasih sayang pada orang yang lebih muda dan kanak-kanak, berlaku ihsan pada makhluk lain, menutup keaiban saudara kita, sentiasa bersangka baik dan memandang kebaikan yang ada pada saudara kita dan jangan mencari kelemahan yang ada pada dia.


5. HAKIKAT IKHLAS NIATIkhlas niat ialah membetulkan niat. Kehendak yang sebenar ialah bagaimana kita melakukan satu perinta Allah dan meninggalkan larangan Allah semata-mata kerana Allah. Ikhlas ialah rahsia dalam rahsia Allah, membesarkan amalan yang kecil. Ikhlas juga membawa maksud kesamaan dari segi zahir dan batin. Amalan yang tidak dihadirkan dengan sifat ikhlas adalah sia-sia, walaupun amalan yang dilakukan sungguh besar di sisi manusia. Seorang yang mensedekahkan sebiji tamar ikhlas semata-mata kerana Allah, akan mendapat pahala sebesar gunung uhud. Amalan bersedekah sebiji tamar adalah satu amalan yang paling kecil, tapi kerana hadirnya sifat ikhlas, maka Allah s.w.t. memandang amalan ini sungguh besar. "Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati(ikhlas) kamu dan amalan kamu." Jadi, latihan untuk mendapatkan keikhlasan hendaklah dijalankan, dengan meng-istiqamah-kan amalan yang dilakukan. Sentiasa membuat "double-check" akan niat sebelum, semasa dan selepas melakukan satu-saru amalan. Jika terdapat amalan kita yang diniatkan kerana makluk, cepat-cepat beristighfar, dan bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan amalan kita diterima di sisi Allah s.w.t.

6. HAKIKAT DAKWAH DAN TABLIGH
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."(110, aali-imraan). Kemuliaan umat nabi Muhammad s.a.w terletak kepada kerja dakwah. Marilah sama-sama kita membetulkan salah faham kita selama ini dengan merenung firman Allah s.w.t.,"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."(111, at-taubah). Hari ini kita salah faham bahawa diri, harta dan masa kita bukanlah milik kita milik mutlak Allah s.w.t.. Oleh itu, 3 perkara besar ini perlulah kita buat pengorbanan untuk usaha membangunkan agama semirip-mirip/sehampir-hampir bagaimana cara nabi Muhammad s.a.w. berdakwah dahulu. Kerana dakwah yang dilakukan dengan tertib yang hampir-hampir dengan nabi Muhammad s.a.w. akan mengundang hidayat daripada Allah s.w.t. Inilah maksud kerja dakwah yang sebenar. Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Debu-debu yang melekat pada anggota bada orang yang keluar di jalan Allah diharamkan api neraka hatta asap sekalipun dan akan dijadikan bedak wangi di syurga kelak. Untuk mendapatkan hakikat ini 2 usaha perlu dilakukan, iaitu baironi dan maqami. Usaha baironi ialah bagi masa sepanjang umur untuk keluar 4 bulan, setiap tahun 40 hari dan 3 hari setiap bulan di negara, negeri atau tempat yang berdekatan dengan temapat kitatinggal. Balik daripada khuruj fi sabilillah, kita hendaklah buat usaha maqami(tempatan). 5 amalan masjid hendaklah dihidupkan.
1. Mesyuarat @ fikir harian.
2. Ta'lim.
3. 2jam 1/2.
4. Ziarah
5. 3hari setiap bulan.
Semoga Allah s.w.t memberi kita kefahaman agama yang sempurna.

Doa adalah ibadat. Jadi untuk mendapatkan keenam-enam sifat ini hendaklah kita berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan ajak orang lain untuk amal bersama. Inilah perniagaan yang Allah isytiharkan dalam quran sebagai perniagaan yang meguntungkan.

Allahummaj'alna minhu..amin ya rabbal 'alamin...

18.1.10

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

UNTUK IKHWAN WA AKHWAT..!!!! angankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN COBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahwa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki wajah : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIRUSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIRUSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BISA MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PRIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

TUJUAN PROGRAM "JIILUL QURAN"

نحمده ونصلي على رسوله الكريم

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Bermula dengan lahirnya kerisauan daripada bekas pelajar SHOAW yang sedang menuntut di Darul Quran sekarang, maka datanglah usaha untuk mengatasi kerisauan tersebut dengan mengadakan program ini. Antara kerisauan yang lahir daripada siswa Darul Quran ialah mengenai masalah hala tuju pelajar, persoalan mengenai ukhwah dan pembentukan bi’ah solehah, yakni suasana baik di sekolah tersebut.

Kebiasaannya, para pelajar sekolah lepasan SPM akan memilih jalan untuk masuk ke matrik atau ke pengajian tinggi samada awam mahupun swasta. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama. Alangkah ruginya 5 tahun belajar pelajaran agama tetapi pengajian tersebut tidak diteruskan dalam pengajian yang seterusnya. Dengan mengambil langkah mempromosikan Darul Quran sebagai institusi seterusnya akan dapat melahirkan keluaran generasi al-Quran dari sekolah tersebut. Malahan, bumi Kenyalang juga kekurangan golongan yang mahir dalam agama terutamanya dalam bidang al-Quran. Secara langsung, matlamat jangka masa panjang akan menaikkan lagi nama SHOAW sebagai sebuah sekolah yang melahirkan golongan cendiakawan yang faqih dalam agama.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”. Ukhwah juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak generasi muda yang kian hanyut masa kini. Hal ini kerana, jalinan ukhwah yang teguh dan mantap akan melahirkan budaya tegur-menegur, saling menghormati, tolong-menolong dan sebagainya. Disamping itu, kempen ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’ turut dilahirkan setelah terjalinnya ukhwah dikalangan pelajar. Atas dasar inilah, kerisauan yang terhasil diiringi dengan program yang bakal dijalankan akan mencapai objektif yang sebenar. Bak kata pepatah, “perpaduan asas kejayaan”.

Bumi barakah SHOAW dahulunya kian terhakis. Hal ini berlaku berikutan daripada punca suasana di tempat tersebut. Budaya-budaya yang tidak sepatutnya berlaku di sekolah agama telah bermaharajalela dan berleluasa. Pembentukan bi’ah solehah yaitu suasana yang baik boleh mengatasi masalah ini. Budaya-budaya islamik haruslah disuburkan di tempat pembelajaran agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ataupun perkara yang diharamkan oleh syarak. Sebab itulah program ini dianjurkan agar dapat membentuk bi’ah solehah walaupun mengambil masa yang singkat.

Kejayaan program penjanaan generasi Quran dan pembinaan modal insan ini memerlukan kerjasama semua pihak yang akan terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hal yang demikian, sokongan daripada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dan semua pelajar adalah amat diharapkan bagi melicinkan perjalanan program “Jillul Quran”.