19.7.10

ASAS AGAMA PERLU KUKUH

نحده ونصلى على رسوله الكريم أما بعد فأعوذبالله من الشيطان الرجيم
"ضرب الله مثلا كلمة طيبة كشجرة طيبة أصلها ثابت وفرعها فى السمآء"
(23:إبراهيم

Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasul pada umur 40 tahun, memulakan dakwah kalimah tauhid(toyyibah) di mekah selama 13 tahun. Mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk berdakwah terhadap kalimah yang mulia ini, iaitu: لا إله إلا الله محمد رسول الله. Jom, kita sama-sama muzakarah perkara yang menjadi asas dalam agama ini. Sebenarnya, sebelum datang perintah daripada Allah untuk nabi berdakwah, masyarakat arab pada masa itu sangat buruk akhlaknya sebelum kedatangan islam dan diberikan gelaran sebagai kaum jahiliyyah. Hal ini kerana, apa yang mereka lakukan adalah sangat bertentangan dengan fitrah agama islam yang menganjurkan kedamaian, keamanan dan juga keselamatan. Atas asbab (perantaraan) dakwah nabi s.a.w. terhadap masyarakat arab jahiliyyah pada masa tersebut, maka gelaran kehinaan yang mereka terima telah bertukar kepada gelaran kemuliaan yang telah diisytiharkan dalam quran iaitu ‘RADHIALLAHU ANHUM’ dan diiktiraf sebagai ‘khairul qurun’ yakni kurun yang terbaik dan tiada kurun yang terbaik sebelum dan selepas kurun tersebut.