1. HAKIKAT YAKIN KALIMAH LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
2. HAKIKAT SOLAT KHUSYUK DAN KHUDU'
3. HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
4. HAKIKAT IKRAM MUSLIMIN
5. HAKIKAT IKHLAS NIAT
6. HAKIKAT DAKWAH DAN TABLIGH
1. HAKIKAT YAKIN KALIMAH LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAHPertama, yakin kalimah LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH, kita bahagikan kepada dua bahagian, bahagian yang pertama, LA ILAAHA ILLALLAH. Maksud kalimah ini ialah yakin tiada tuhan yang berkuasa selain Allah, yang berkuasa hanyasanya Allah, makhluk tiada kuasa. Kehendak kalimah ini ialah hendaklah kita mengeluarkan kebesaran(yakin) makhluk dalam hati kita, dan memasukkan hanya kebesaran(yakin) Allah dalam hati kita. Allah ta'ala lah yang berkuasa atas segala sesuatu, zat yang memberi manfaat mudhorat, sihat sakit, senang susah, makan minum, kenyang hilang dahaga, baik buruk, kemuliaan kehinaaan, segala-gala nya datang daripada Allah, zat yang berkuasa mutlak atas segala sesuatu. Dalam quran pun sudah jelas menceritakan siapa sebenarnya Allah, "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(26, aali-imraan). Selain daripada Allah (makhluk) tak mampu bagi sebarang manfaat mudhorat melainkan dengan izin Allah. Allah kholiq(pencipta segala ciptaan), roziq(pemberi rezeki),malik(raja segala raja) seluruh 'alam. Kalimah ini juga merupakan kalimah tauhid dan iman. Satu orang yang kembali pada Allah membawa iman yan betul yakinnya pada Allah sebesar biji sawi, akan digantikan iman yang sebesar itu dengan syurga keluasan 10 kali ganda keluasan dunia(7 petala langit dan 7 petala bumi). Sebaliknya,satu orang yang syirik(tidak yakin pada Allah yang berkuasa) jumpa Allah s.w.t., bau syurga pun dia tidak dapat cium. Na'udzubillahi in dzalik. Inilah nilai iman. Kalaulah kalimah LA ILAAHA ILLALLAH diletakkan atas neraca, sebelah nya kalimah LA ILAAHA ILLALLAH dan sebelah nya lagi 7 petala langit dan 7 petala bumi, pasti dan past kalimah iman lebih berat. Kalau lah diletakkan kalimah ini di atas gunung, nescaya gunung itu akan hancur. barangsiapa yang dapat ucap kalimah ini di akhir kalam, dia wajib masuk syurga. Inilah janji Allah s.w.t. dalam iman. Jadi usaha kearah mendapatkan janji Allah ini hendaklah dilaksanakan, sebab Allah lah sebaik-baik penjanji. "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.(179, al-a'raaf). Dengan merenung ayat ini, kita hendaklah menggunakan pancaindera dan mengaitkannya dengan kebesaran Allah s.w.t. Hati untuk kita faham, mata untuk kita melihat, dan telinga untuk kita mendengar segala cerita yang boleh meningkatkan iman kita. Seperti cerita mengenai kebesaran Allah, perjuangan nabi-nabi dan para sahabat untuk agama, alam akhirat dan sebagainya.
Tambah kapsyen |
Tambah kapsyen |
2. HAKIKAT SOLAT KHUSYUK DAN KHUDU'
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.(18,at-taubah)". Solat adalah perintah Allah. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan hakikat solat khusyuk dan khudu'? Maksudnya di sini ialah, bagaimana kita nak bawa sifat ketaatan yang ada di dalam solah ke luar solah. contohnya, dalam solat kita taat pada imam, di luar solat kita hendaklah, taat kepada pemimpin kita, contohnya, bapa, cikgu, dan sebagainya. di dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna, di luar solat pun hendaklah kita menutup aurat dengan lebih sempurna. Darjat solat yang paling rendah sekali ialah, di man solatnya mampu mencegah dirinya daripada perbuatan keji dan mungkar. Manakala, darjat solat yang paling tinggi disisi Allah ialah melalui solat 2 rakaat(solat hajat), dia dapat menarik nushrah(bantuan) Allah s.w.t. Barangsiapap yang menunaikan solat secara berjemaah bersama imam, kerana Allah, dan mendapat takbiratul-ula selama 40 hari berturut-turut, maka dia akan mendapat dua kelepasan, iaitu kelepasan daripada api neraka dan juga kelepasan daripada sifat munafiq. Barangsiapa yang menjaga solah, ditempat azan diazankan, di awal waktu secara berjemaah, akan diberi 5 ganjaran.
1. Dimurahkan rezeki.
2. Diangkat siksa kubur.
3. Mendapat buku catatan amalan di sebelah tangan kanan.
4. Meniti titian shirat sepantas kilat.
5. Masuk syurga tanpa hisab.
"sembahyang lah kamu seperti mana kamu melihat aku sembahyang". Baginda s.a.w. tidak pernah meninggalkan sembahyang berjemaah dimasjid, dan membanyakkan sembahyang sunat dirumah. Adakah kita hari ini telah mangamalkan cara sembahyang yang ditunjuki oleh baginda s.a.w. yang kita akui sebagai ikutan kita?? Tepuk dada, tanya iman!
3. HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
Hakikat ilmu dan zikir. Ilmu ialah pengetahuan. Tetapi kehendak ilmu ialah bagaimana kita nak tahu mana satu perintah Allah dan mana satu yang dilarang oleh Allah. Inilah maskud ilmu yang sebenar, ilmu yang terus dijadikan sebagai amalan. Sebaliknya, ilmu yang tidak membawa kepada amalan, akan menjadi sebagai pengetahuan semata-mata yang digelar sebagai maklumat bukannya ma'mulat(pengamalan). Tidur seorang 'alim(orang berilmu) lebih baik daripada satu orang 'abid yang sedang sibuk beribadat. Orang yang berilmu lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang 'abid(ahli ibadat). Orang yang menuntut ilmu, kemudian mati dikira sebagai mati syahid. Hidupan di lautan akan memohon ampun untuk orang yang menuntut ilmu. Keluar di pagi hari untuk mempelajari satu ayat daripada kitabullah, lebih baik daripada mengerjakan solat sunat 100 rakaat. Mempelajari satu bab ilmu samada berpeluang mengamalkannya atau tidak, lebih baik daripada mengerjakan 1000 rakaat solat sunat. Ulama' kita telah manggaris panduan kepada kita ilmu yang perlu kita tuntut ada dua, ilmu masael(hukuk-ahkam) dan ilmu fadhoel(kelebihan) dalam setiap amal. kita bole dapatkan ilmu masael(hukum-ahkam) dalam agam dengan bertalaqqi(berjumpa secara berdepan) dengan orang 'alim, orang yang pakar dalam bidang agama. Kerana amalan bertalaqqi ialah amalan sunnah nabi s.a.w. seperti malaikat jibril bertalaqqi wahyu pertama dengan baginda s.a.w.. Untuk menggerakkan diri kita melakukan segala perintah Allah, maka kita memerlukan ilmu kelebihan dalam setiap amal. Fitrah manusia, sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan berbentuk duniawi, pasti meminta ganjaran bagi setiap kerja yang dilakukan. Mengapa tidak kita mengetahui janji Allah dalam setiap amalan. Bukankah Allah sebaik penjanji?? Maka, untuk mendapatkan ilmu ini, perlulah kita merasa rendah diri untuk menghadirkan diri dalam majlis ta'lim iaitu bacaan kitab fadhoel amal karangan Sheikul Hadith, Maulana Zakaria Rahimahullah. Bila kita ada ilmu ini, maka kita akan ada sifat ihtisab(membayangkan) janji Allah bila melakukan satu-satu amal. Sambungan daripada ilmu ialah zikir. Maksud zikir ialah ingat Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan. Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir di sisi Allah ialah orang yang yang berzikir itu hidup dan orang yang tidak berzikir itu mati. Orang yang paling banyak berzikir akan masuk syurga sambil tersenyum-senyum, dan akan dimasukkan dalam satu pintu syurga yang khas yang dinamakan adz-zakirin. Zikir akan menjadi modal kepada mahligai kita di syurga kelak. Ulama' telah beri kita panduan berzikir sebagai amalan harian dan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Zikirkan 100kali subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah allahuakbar(tanda cinta pada Allah), 100kali, selawat kepada junjungan nabi s.a.w(tanda cinta nabi Muhammad), dan istigfar 100kali(tanda kasihan pada diri sendiri yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan).Quran hendaklah dikhatamkan sekurang-kurangnya 2kali setahun, sekali di bulan ramadhan dan sekali lagi di sebelas bulan yang lain. Amalkan doa-doa masnun, sepeti doa masuk dan keluar masjid, doa makan, dan sebagainya. Dengan ini, kita akan mudah ingat Allah setiap masa dan keadaan.
4. HAKIKAT IKRAM MUSLIMIN
Hakikat yang keempat yang ada dalam diri para sahabat dan perlu ada dalam diri kita ialah sifat ikram muslimin(memuliakan orang islam). Maksudnya di sini kita hendaklah menunaikan hak saudara kita tanpa menuntut hak. Seorang yang menunaikan hajat saudara dia akan mendapat 73 hasanah(kebaikan), 1 hasanah Allah akan bagi di dunia, sudah mencukupi segalanya dan 72 hasanah yang lain Allah akan bagi di hari akhirat. Seorang yang tunaikan hajat saudara dia juga akan mendapat pahala sepuluh tahun ibadat i'tikaf, satu malam i'tikaf Allah akan jauhkan dia daripada neraka sejauh 3 parit, satu parit jauhnya antara langit dan bumi. Allah akan menolong hambanya selagi mana dia menolong saudaranya. Untuk menghadirkan sifat ini dalam diri kita, kita hendaklah memuliakan orang 'alim(pandai), hormat pada orang tua, kasih sayang pada orang yang lebih muda dan kanak-kanak, berlaku ihsan pada makhluk lain, menutup keaiban saudara kita, sentiasa bersangka baik dan memandang kebaikan yang ada pada saudara kita dan jangan mencari kelemahan yang ada pada dia.
5. HAKIKAT IKHLAS NIATIkhlas niat ialah membetulkan niat. Kehendak yang sebenar ialah bagaimana kita melakukan satu perinta Allah dan meninggalkan larangan Allah semata-mata kerana Allah. Ikhlas ialah rahsia dalam rahsia Allah, membesarkan amalan yang kecil. Ikhlas juga membawa maksud kesamaan dari segi zahir dan batin. Amalan yang tidak dihadirkan dengan sifat ikhlas adalah sia-sia, walaupun amalan yang dilakukan sungguh besar di sisi manusia. Seorang yang mensedekahkan sebiji tamar ikhlas semata-mata kerana Allah, akan mendapat pahala sebesar gunung uhud. Amalan bersedekah sebiji tamar adalah satu amalan yang paling kecil, tapi kerana hadirnya sifat ikhlas, maka Allah s.w.t. memandang amalan ini sungguh besar. "Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati(ikhlas) kamu dan amalan kamu." Jadi, latihan untuk mendapatkan keikhlasan hendaklah dijalankan, dengan meng-istiqamah-kan amalan yang dilakukan. Sentiasa membuat "double-check" akan niat sebelum, semasa dan selepas melakukan satu-saru amalan. Jika terdapat amalan kita yang diniatkan kerana makluk, cepat-cepat beristighfar, dan bertaubat kepada Allah, mudah-mudahan amalan kita diterima di sisi Allah s.w.t.
6. HAKIKAT DAKWAH DAN TABLIGH
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..."(110, aali-imraan). Kemuliaan umat nabi Muhammad s.a.w terletak kepada kerja dakwah. Marilah sama-sama kita membetulkan salah faham kita selama ini dengan merenung firman Allah s.w.t.,"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."(111, at-taubah). Hari ini kita salah faham bahawa diri, harta dan masa kita bukanlah milik kita milik mutlak Allah s.w.t.. Oleh itu, 3 perkara besar ini perlulah kita buat pengorbanan untuk usaha membangunkan agama semirip-mirip/sehampir-hampir bagaimana cara nabi Muhammad s.a.w. berdakwah dahulu. Kerana dakwah yang dilakukan dengan tertib yang hampir-hampir dengan nabi Muhammad s.a.w. akan mengundang hidayat daripada Allah s.w.t. Inilah maksud kerja dakwah yang sebenar. Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Debu-debu yang melekat pada anggota bada orang yang keluar di jalan Allah diharamkan api neraka hatta asap sekalipun dan akan dijadikan bedak wangi di syurga kelak. Untuk mendapatkan hakikat ini 2 usaha perlu dilakukan, iaitu baironi dan maqami. Usaha baironi ialah bagi masa sepanjang umur untuk keluar 4 bulan, setiap tahun 40 hari dan 3 hari setiap bulan di negara, negeri atau tempat yang berdekatan dengan temapat kitatinggal. Balik daripada khuruj fi sabilillah, kita hendaklah buat usaha maqami(tempatan). 5 amalan masjid hendaklah dihidupkan.
1. Mesyuarat @ fikir harian.
2. Ta'lim.
3. 2jam 1/2.
4. Ziarah
5. 3hari setiap bulan.
Semoga Allah s.w.t memberi kita kefahaman agama yang sempurna.
Doa adalah ibadat. Jadi untuk mendapatkan keenam-enam sifat ini hendaklah kita berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan ajak orang lain untuk amal bersama. Inilah perniagaan yang Allah isytiharkan dalam quran sebagai perniagaan yang meguntungkan.
Allahummaj'alna minhu..amin ya rabbal 'alamin...