23.4.10

PROGRAM "JIILUL QURAN"

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu kerana dengan taufiq, inayah dan hidayah-Nya, maka kita telah berjaya menjalankan program JIILUL QURAN dengan jayanya. “Kita merancang, Allah pun merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang. Walaupun banyak perubahan yang berlaku, namun kita sedar semuanya berlaku atas iradat dan qudrat Allah s.w.t.

Program bermula pada hari selasa, 30hb Mac 2010 selepas tenggelamnya matahari di sebelah barat yaitu waktu maghrib. Selepas menunaikan solat maghrib yang diimami oleh syeikh Syafiq, aktiviti diteruskan dengan ta’aruf(ice breaking) yang disampaikan oleh saudara Tarmizi sehingga 10 minit sebelum masuknya waktu solat Isyak bagi memberi laluan kepada pelajar untuk memperbaharui wudhu’ masing-masing. Dalam ceramah beliau terkandung pengisian mengenai kepentingan taqwa dan serba sedikit pengenalan kepada exco dan program tersebut.

Solat isyak pula diimami oleh saudara Tarmizi. Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan halaqah al-quran yang dipimpin oleh syeikh Syafiq. Dalam aktiviti tersebut, pelajar dimotivasikan dengan kelebihan al-quran dan kelebihan mengamalkan surah al-mulk setiap malam. Tepat jam 9.15 malam. Aktiviti tersebut selesai dijalankan dan semua pelajar dibenarkan bersurai. Namun, bagi pengawas dan badar, selepas minum malam, akan diadakan satu lagi aktiviti.

Jam menunjukkan 9.30 malam, semua pengawas dan badar telah berkumpul didalam masjid dan bersedia untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti itu dinamakan peranan sebagai khalifah dan dikendalikan dalam 3 bahagian. Bahagian yang pertama ialah laporan (karguzairi), yaitu satu temu bual bersama ketua pengawas dan badar mengenai keadaan sekolah yang dikawal oleh saudara tarmizi. Bahagian kedua pula ialah motivasi yang disampaikan oleh syeikh syafiq yang menceritakan mengenai peranan sebagai umarak(pengawas) dan ulamak(badar). Yang terakhir pula ialah nasihat dan doa yang dipimpin oleh saudara Mustaqim. Aktiviti tersebut berakhir pada jam 1.00 malam.

Pada keesokan paginya bersamaan 31hb Mac, program Jiilul Quran diteruskan lagi dengan memulakan aktiviti seawall8.00 pagi yaitu aktiviti mempromosi Darul Quran. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, saudara Syafiq telah membuat satu lagi aktiviti tambahan bagi mengurangkan keadaan bising pada pagi tersebut. Aktiviti itu ialah peranan Quran dalam kehidupan seorang pelajar korikulum. Manakala, penceramah bagi promosi Darul Quran disampaikan oleh pegawai khas Darul Quran, iaitu Ustadz Mustaqim.

Tepat jam 11.00 pagi, aktiviti kemuncak program bermula. Dalam program ini, hanya melibatkan pengawas dan badar sahaja. Mereka diminta membuat logo, motto, dan huraian bagi disiplin program mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, mereka diminta membentangkan hasil perbincangan mereka di depan semua peserta dan fasilitator kemudian memprovoke dan memberi komen apa yang patut ditegur. Alangkah panas dan hangatnya dewan SHOAW ketika itu dengan teriakan dan jeritan suara antara fasilitator dan peserta program ketika bermulanya aktiviti memberi komen pada tengahari tersebut. Program tersebut berakhir lebih kurang pukul 2.15 petang.
Setelah selesai menunaikan solat zohor secara berjemaah, kami bertiga terus pergi ke dewan makan untuk menjamu makanan tengahari yang begitu sedap sekali. Selepas kekenyangan, kami berehat sehinggalah ke waktu asar. Kami bermesyuarat setelah menunaikan solat asar mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada malam tersebut. Setelah membuat persiapan untuk malam, kami menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah yang diimami oleh syeikh Mustaqim.

Kemudian, aktiviti kami mempunyai sedikit perubahan. Sepatutnya, selepas solat maghrib kita merancang untuk membuat aktiviti forum, namun setelah mendapat maklumat yang terbaru daripada ustadzah yang mengatakan bahawa aktiviti yang melibatkan semua pelajar lebih afdhol dilanjutkan sehingga pukul 10.00 malam, maka kami telah menayangkan lagu tema, slide pembukaan dan video perjuangan al-fateh antara maghrib dan isyak manakala, aktiviti forum akan dimulakan selepas menunaikan solat fardhu isyak.
Sola fardhu isyak yang ditunaikan tanpa azan dan diimami oleh saudara syafiq begitu sedap sekali. Setelah selesai mengerjakan sunat ba’diah isyak, aktiviti yang ditunggu-tunggu pun bermula. Forum tersebet bertajuk, “Menggilap Bintang yang Pudar” yang bermaksud tokoh agama yang keluaran daripada SHOAW kurang menonjol sekarang hendaklah digilap semula akan sinarannya. Forum tersebut dilakukan di masjid dan dikepalai oleh saudara Shahril dan terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama soal jawab di antara moderator forum dengan ahli panel dan sesi kedua ialah penggulungan. Namun, sementara menunggu sesi kedua, moderator forum telah membuka satu ruang kepada para pelajar untuk bertanyakan soalan mengenai tajuk forum tesebut. Antara soalan yang turut diajukan kepada ahli panel ialah ta’rif tajuk, bagaimana nak dapat dan cara untuk kekalkannya, dan juga kesan dalam kehidupan. Majlis forum tersebut berakhir tepat-tepat pukl 10.00 malam. Sebagai tanda perpisahan, semua pelajar bersalaman dengan ahli panel dan kemudian dibenarkan bersurai.

Selepas aktiviti tersebut, satu lagi aktiviti akan dijalankan bersama pengawas dan badar iaitu muzakarah mengenai cara membentuk bi’ah solehah. Memandangkan warden yang bertugas pada malam tersebut memberikan masa yang begitu singkat kepada kami, maka kami telah membuat sedikit perubahan mengenai perjalanan aktiviti kami pada malam tersebut dengan membincangkan 4 masalah sahaja bersama muslimat pengawas dan juga badar. Masalah yang dibincangkan ialah couple, ikhtilat, aurat dan juga tidak hormat pada guru. Walaupun masa yang diberikan amat singkat, namun cukup bagi kita untuk berbincang bersama mereka mengenai masalah tersebut. Aktiviti tersebut memakan masa lebih sedikit daripada masa yang dijanjikan iaitu pada pukul 11.10 malam.

Keesokan paginya pula, yang mana merupakan hari terakhir kami berkampug di bumi barakah SHOAW, satu majlis penutupan telah dijalankan di dewan SHOAW bersama pihak sekolah, pengawas dan juga badar. Majlis bermula tepat jam 10.00 pagi yang dipengerusikan oleh 2 orang jejaka hensem lagi tampan iaitu aha dan ridu. Dimulakan majlis penutupan pada pagi tersebut dengan bacaan tilawah quran yang ditartilkan oleh saudara Khairi Izzat Amir dengan membaca surah ali-imran. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program, saudara Mustaqim diiringi dengan ucapan daripada wakil pihak sekolah, Cikgu Hasmah binti Raji selaku pemangku pengetua SHOAW. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada pihak pengawas dan badar yang telah berbincang pada malam semalam. Persembahan mereka sungguh mencuit hati setiap penonton yang menontonnya.
Seterusnya ialah penyampaian cenderahati daripada kedua-dua belah pihak. Acara kemuncak pada majlis penutupan tersebut ialah tayangan slide program. Walaupun LCD yang digunakan tidak seberapa namun, hati puas bila menontonnya. Satu permintaan untuk mempertontonkan semula video adakah kau lupa dan semua hadirin dan juga hadirat telah diminta untuk berdiri semasa menyanyikannya dengan penuh semangat dan jiwa yang penuh berkobar. Majlis tersebut berakhir dengan bacaan doa yang dipimpin oleh syeikh Syafiq Sudaisi. Dengan berakhirnya bacaan doa tadi, maka berakhirlah program JIILUL QURAN dan sebagai upacara simbolik, semua pelajar bersalaman dan bergambar dengan fasilitator.